Thursday, December 1, 2011

After class :)

Assalamualaikum,
 i just came back from collage. Macam rase penat ke kan. tapi tade buat pape pun .
Erm anyway aku just nak say congrats to my english classmates sebab dapat asuk final untuk choral speaking tadi. You know what aku yg nervous tengok my classmates competition duhal aku support je. hehehe
Anyway good job guys. Proud of you all :)
Be prepared to you final competition .

Tuesday, November 29, 2011

Bring back my day !

  Assalamualaikum,
 Hye just wanna share something which from my experience before
 which is very interesting for me. I think last 2 month on my way from Sabah going back to Kuala Lumpur i has meet somebody which make me feel very comfortable with he. The way he share his problem, the way he share his experience in his life, and when its come to my turn, he ask me something that I've very being expect to answer that to his question.
He has ask me, What is most make you feel failure in your life ? 
And i straight answer without think probably, my answer is " FRIENDSHIP "
I also dont know why i came out with that answer. After that i was think i gave he a best answer because of my experience now. Before i started further my studied i've never had a big problem about my friendship. 
Sekarang i'm 20th, But i thinkg this is benda paling bodoh pernah aku lalui. Bermasam muka sebab kawan ? OMG tak masuk dek akal, seriously aku tak pernah ada kawan macam ni before this, masuk je dunia kolej its become fucking day man ! 

I got to go, i need to finish my assignment first. Lain kali aku cerita lagi okay.
Sekarang pun da pukul 12:20am i need to sleep, tomorrow i have a class early morning.
Night guys, have a good dream, make a better choice :)


Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari raya :)

Assalamualaikum, Di sini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin .
Macam mana raya korang best ? hehe Duit raya pun dapat kan , Bangga la sebab still dapat duit raya lagi. 
Tahun niey raya ku sangat best sebab semua family berkumpul just ade certain cousin yg ta balik sebab cuti sekolah kejap je . Ye la dorang kan cikgu . huhu 
Gambar gambar sume ta upload lagi. hehe tengok la nanti ea ade mase . 







Monday, August 15, 2011

Cant wait anymore


Fly back to hometown :)
Bye KUALA LUMPUR yang penuh masalah !


Wednesday, August 10, 2011

Fasting

Assalamualaikum, 
Hari ni genap la 11 hari umat islam menunaikan puasa. Sedar tak sedar sudah 11 hari kita berpuasa kan.
Hopefully semuanya berjalan dengan lancar, Jangan ponteng puasa. 


Selamat berpuasa ye kawan kawan :)

Monday, August 8, 2011

Best tak kau rasa.

Assalamualaikum, Hari ni tak tau kenapa aku rajin sangat nak mengupdate blog ni. Mungkin aku boring kan,
Anyway just nak share pasal laman sesawang. Okay yang most popular rite now is FACEBOOK, TWITTER and FORM SPRING kan.Okay but i just have FACEBOOK and FROMSPRING. Laman ni untuk kita cari kawan, Luah kan ape yang kita rase, marah ke apa ke suka hati korang la kan. Hee
Tapi aku tibetibe tertarik nak tengok profile housemate aku ni. Tup tup wah macam gempak jer kan. :) Ada nama aku la. Uish bangga :)

Awak, tak perlu kot awak tanya soalan tu kan? Sebab awak pun akan tau what should your bff answer.
Shes your bff of course la dia pilih awak kan, ta payah lagi nak compare kan, mmg saya tau i'm not good enough to be your friend. Ta kesah punye la pun :) 
Tapi tape la tu hak awak nak tanya ape ape pun sebab tu web awak kan :)



Eh awk pun tanya soalan yang same ? Ermmm mesti saya popular kat FORMSPRING tu kan,
Macam best jer, :) Macam ape yang saya cakap tadi la, ta perlu kot soalan macam ni. Tapi jawapan awak terbaik la, Mmg pun saya ta bole jadi kawan awk, Saya ta bole ape2 kan, Saya ta kaya, ta lawa macam awak, ta pandai macam awak.Biar la saya tade semua tu yang penting hidup saya happy :)
tu yang penting awak :)

Kat sini saya just nak cakap serius sy ta sangka sangat n sedih sikit la, nape sikit jer ? 
Sebab cikit la eish banyak tanya pulak. Wish your friendship with your BFF till forever. Amin :)

Siapa yang cantik


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia? 
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah